Nuffnang Ads

Tuesday 24 March 2015

Panas!! Tone Excel Penipu?


Memang rasa tertipu..  Sebab, top up RM30, tapi dapat RM40. Top up RM50 tapi dapat RM70.
Tertipu mak.. tapi UNTUNG kan? Hihi..

Bukan tu je.. macam-macam benefit ada.. Rugi kalau tak join.

So, sesiapa yang nak tau lebih lanjut, boleh PM kat www.facebook.com/badariah.mdapin



 


 

Monday 23 March 2015

Jogjakarta - Indonesia

Ini kali pertama aku dapat tawaran pergi luar negara.  Al maklum, orang biasa macam aku ni tak ada peluang nak ke luar negara.  Dalam Malaysia pun banyak lagi tempat tak habis pusing.. Disebabkan ada orang yang sudi membelanja, so dapat la aku pergi.  Memang excited nak pergi, sebab first time nak ke Indonesia.




Changi Airport

Sesi lawatan yang aku ikut ni lawatan Anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Kota Tinggi.  Lawatan ni dah lama, 25 - 28 Disember 2013

Hari Pertama - 25 Disember

Rombongan bertolak dari Kota Tinggi awal pagi.  Lebih kurang pukul 4 pagi.  Naik Fligt dari Changi Airport terus ke Jogjakarta.  Masa mula-mula sampai kat Adisucipto International Airport tu, aku tergamam sikit sebab, airport tu kecik dan comel je.  Berbeza sangat dengan KLIA & Changi Airport.


Comel kan airport ni?


Pintu gerbang Jogjakarta.

Kitorang sampai tengahari.  Ketibaan kitorang disambut oleh Pak Eko, tourist guide kitorang yang sangat peramah & very informative.. Banyak maklumat disampaikan sepanjang lawatan tu.  Tak de la dia berbual kosong je.

Yang paling best kat sini.. diorang cakap Jawa.  Since aku pun boleh cakap Jawa, rasa seronok pulak.  Tapi bila dah sampai ayat yang bombastic, aku dah tak paham la..

Lepas lunch, kitorang terus ke HS Silver.  Kilang tempat buat perhiasan silver.  Kitorang ditunjukkan proses membuat silver dari A-Z.  Silver yang dijual pun cantik2 belaka.  Kerja tangannya pun halus..



 Comel kan gajah ni?? 



 Meh buat batik..

Lepas tu kitorang dibawa ke kilang buat batik.  Kat sini pun kitorang ditunjukkan cara-cara buat batik.  Batik Jogjakarta ni kalau aku tengok, memang halus & cantik.  Bila pakai tu, terserlah keJAWAannya.. Maklum lah.. aku kan orang Jawa.  Hahah..


Malam tu lepas dinner, kitorang check in kat Saphire Hotel.  Hotel ni 4 bintang kot.  Okey la.. selesa..

.................

Hari Kedua - 26 Disember

Lawatan hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Karaton Ngayogyakarta Hadiningrat

Keraton Ngayogyakarta Hadinigrat yang merupakan istana resmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat yang kini berlokasi di Kota YogyakartaIndonesia. Kompleks bangunan keraton ini masih berfungsi sebagai tempat tinggal sultan yang masih menjalankan tradisi kesultanan hingga saat ini. Keraton ini kini juga merupakan salah satu objek wisata di Kota Yogyakarta. Sebahagian kompleks keraton merupakan museum yang menyimpan berbagai koleksi milik kesultanan, termasuk berbagai pemberian dari raja-raja Eropa, replika pusaka keraton, dan gamelan. Dari segi bangunannya, keraton ini merupakan salah satu contoh arsitektur istana Jawa yang terbaik, memiliki balairung-balairung mewah dan lapangan serta paviliun yang luas. 

(sumber id.wikipedia.org).






Kepala aku 'teleng' skit sebab asyik benor nengok ukiran kayu kat siling bangunan-bangunan kat sini..


Kitorang juga dibawa ke Taman Sari Yogyakarta @ Taman Sari Keraton Yogyakarta

Taman Sari Yogyakarta atau Taman Sari Keraton Yogyakarta adalah situs bekas taman atau kebun istana Keraton Yogyakarta, yang dapat dibandingkan dengan Kebun Raya Bogor sebagai kebun Istana Bogor. Kebun ini dibangun pada zaman Sultan Hamengku Buwono I (HB I) pada tahun 1758-1765/9. Awalnya, taman yang mendapat sebutan "The Fragrant Garden" ini memiliki luas lebih dari 10 hektare dengan sekitar 57 bangunan baik berupa gedung, kolam pemandian, jembatan gantung, kanal air, maupun danau buatan beserta pulau buatan dan lorong bawah air. Kebun yang digunakan secara efektif antara 1765-1812 ini pada mulanya membentang dari barat daya kompleks Kedhaton sampai tenggara kompleks Magangan. Namun saat ini, sisa-sisa bagian Taman Sari yang dapat dilihat hanyalah yang berada di barat daya kompleks Kedhaton saja.

Kompleks Taman Sari setidaknya dapat dibagi menjadi 4 bagian. Bagian pertama adalah danau buatan yang terletak di sebelah barat. Bagian selanjutnya adalah bangunan yang berada di sebelah selatan danau buatan antara lain Pemandian Umbul Binangun. Bagian ketiga adalah Pasarean Ledok Sari dan Kolam Garjitawati yang terletak di selatan bagian kedua. Bagian terakhir adalah bagian sebelah timur bagian pertama dan kedua dan meluas ke arah timur sampai tenggara kompleks Magangan.
(sumber id.wikipedia.org)







Fefiling puteri jap..




Lepas makan tengahari, kitorang dibawa shopping di Manding.  Desa Wisata Kerajinan Kulit Manding ni terletak di persimpangan Jl. Parangtritis km 11 atau lebih tepat di  Jl. DR Wahidin Sudiro Husodo, Manding, Sabdodadi, Bantul, kira-kira 15 km dari pusat kota Jogjakarta ke arah selatan menuju Pantai Parangtritis.   Kat sini ada banyak kedai yang jual pelbagai jenis barang kulit.  Dari jaket lelaki, jaket perempuan, beg, kasut, topi dan macam-macam lagi.  Aku sempat beli satu jaket kulit kambing (kat sini diorang panggil domba) warna coklat gelap untuk suami aku.  Ini la barang paling mahal aku beli kat sini.  Harganya Rp 1,600,000.  Amek kau.. sejuta lebih tu.. Tapi aku puas hati, sebab kualiti kulit dan jahitannya sangat halus.  Meh tengok model pakai.. (nasib baik encik hubby suka jaket ni..)


Lepas shoping barang kulit, kitorang dibawa ke Pantai Parangtritis yang sangat terkenal di Jogjakarta.  Pantai ni sangat cantik.  Apatah lagi time kitorang sampai kat sana waktu petang.. pemandangan matahari hampir terbenam tu memang cantik sangat.

 Pantai ni sinonim dengan misteri Nyi Roro Kidul.  Pak Eko beritahu, katanya kalau nak ke pantai ni, jangan pakai baju @ pakaian warna hijau.  Sebab, katanya Nyi Roro Kidul suka dengan warna hijau.  So, sesiapa yang pakai baju hijau, akan di'telan' ombak dan diambil oleh penunggu laut.  Wallahu Alam.. itu semua mitos dan lagenda yang menjadikan pantai ni semakin terkenal & menjadi tarikan pengunjung.

Kat sini ada macam-macam aktiviti.  Antaranya, aktiviti berkuda dan naik kereta kuda.  Aku tak lepaskan peluang naik kereta kuda je.  Sebab tak pandai nak tunggang kuda.. Kat sini ada ramai penjual souvenir & pelukis tatoo inai.  




..........

Hari Ketiga - 27 Disember

Hari ketiga ni mencabar sikit.. Sarapan kena lebih sebab nak panjat gunung.. hihi.. iye-iye je.. Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Merapi.  Gunung ni antara gunung berapi yang aktif kat Jogjakarta.  Banyak nyawa yang terkorban akibat letusan gunung berapi ni.  Antara letusan yang paling meninggalkan kesan adalah pada 5 November 2010 yang telah menyebabkan kemusnahan di kawasan sekitarnya.  Satu lagi yang unik pasal Gunung Merapi ni ialah seorang tua yang bernama Mbah Mbah Maridjan yang telah dilantik sebagai 'penjaga' Gunung Merapi yang merupakan sebahagian daripada adat turun temurun Kesultanan Jawa sejak dahulu kala lagi.
Jom layan gambar-gambar kesan letusan tu..


Kita kena naik 4x4 macam ni untuk naik ke gunung merapi tu.. Tapi bukan la sampai kat puncak gunung, cuma sampai kat satu lokasi yang kita boleh tengok gunung tu lebih dekat.  Kita kena pakai mask macam kat bawah ni sebab jalannya berhabuk..










Lepas balik dari gunung ni, kitorang sempat singgah ke kebun buah salak.  First time tengok pokok ni.  Rupanya ditanam kat batas.  Sekali pandang macam pokok kelapa sawit, tapi kecik..



Sebelah petang pulak, kitorang sekali lagi 'perah' tenaga mendaki Candi Borobudur.  Terngaga aku sekejap tengok candi ni.. Selama ni cuma baca kat buku sejarah & tengok gambar je.  Tapi kali ni dapat panjat sampai atas.  Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan la.. 

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro, Kabupaten MagelangJawa TengahIndonesia.Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.
Jika Mesir berbangga dengan piramid dan SphinxChina dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, wargaIndonesia berbangga dengan Borobudur.
(sumber id.wikipedia.org)






Lepas habis berjalan, balik hotel.. z z z z

......

Hari Keempat - 28 Disember

Hari keempat, kitorang check out hotel Saphire ni.  Naik bas menuju ke Solo, Indonesia.  Perjalanan ambil masa dalam 2 jam.  Lokasi yang dilawati adalah Istana Solo.

Karaton Surakarta Hadiningrat adalah istana resmi Kasunanan SurakartaKeraton ini didirikan oleh Susuhunan Pakubuwana II pada tahun 1744sebagai pengganti Istana/Keraton Kartasura yang porak-poranda akibat Geger Pecinan 1743. Istana terakhir Kesultanan Mataram ini didirikan di Desa Sala (Solo), sebuah pelabuhan kecil di tepi barat Bengawan (sungai) Beton/Sala. Setelah resmi istana Kesultanan Mataram selesai dibangun, nama desa itu diubah menjadi Surakarta Hadiningrat. Istana ini pula menjadi saksi bisu penyerahan kedaulatan Kesultanan Mataram oleh Susuhunan Pakubuwana II kepada VOC pada tahun 1749. Setelah Perjanjian Giyanti tahun 1755, keraton ini kemudian dijadikan istana resmi bagi Kasunanan Surakarta. Kompleks bangunan keraton ini masih berfungsi sebagai tempat tinggal Sri Sunan dan rumah tangga istananya yang masih menjalankan tradisi kerajaan hingga saat ini. Keraton ini kini juga merupakan salah satu objek wisata di Kota Solo. Sebagian kompleks keraton merupakan museum yang menyimpan berbagai koleksi milik kasunanan, termasuk berbagai pemberian dari raja-raja Eropa, replika pusaka keraton, dan gamelan. Dari segi bangunannya, keraton ini merupakan contoh arsitektur istana Jawa tradisional yang terbaik.

Istana ni masih digunakan dan kitorang dibenarkan melawat ke dalam salah satu kamar puteri tu.  Rasa macam cerita dongeng lak..

Ketibaan rombongan kitorang juga diserikan dengan persembahan tarian tradisonal jawa.  Memang syok tengok.. bukan sebab penari dia berkemban, tapi sebab lemah gemalainya tarian jawa ni..




Ni bilik air puteri.. klasik kan?

Lepas tu, kitorang pergi shopping.. kitorang dibawa ke gedung jualan batik.  Batik Solo memang lagi cantik dari batik Jogjakarta.  Pada pendapat aku la..  Pastu, kitoran check in hotel.

Sebelah malamnya aktiviti bebas.  So inilah masanya kitorang pergi jenjalan tanpa ada Pak Eko.  Kitorang merayap naik beca jalan2 keliling bandar & pergi gedung Matahari.  Ada la beli 2-3 helai baju buat kenangan.  

......

Hari Kelima - 29 Disember

Hari kelima ni hari last kat sini.  Tak ada aktiviti untuk hari ni.  So, pagi2 lepas breakfast, dalam pukul 10 aku ngan Kak Lenny naik beca pergi mall Matahari tu lagi.  Saja jalan-jalan sebab semalam tak sempat nak beli baju untuk adik beradik aku.  Aku beli 2 helai kemeja untuk abang & adik aku.. 

Tengahari lepas lunch, kitorang check out, terus pergi airport, balik Malaysia..



Hm.. banyak kenangan aku kat Jogjakarta & Solo kali ni.  Sangat bertuah sebab dapat join trip kali ni.. Alhamdulillah..





Tuesday 10 March 2015

Langkawi 2015


Januari lepas aku & office mate ada lawatan ke Langkawi.  Ini first time aku pergi Langkawi.  Sebelum ni ada beberapa kali plan nak pergi, tapi tak jadi.

So, bila dapat peluang, aku pergi la.. Sebelum ni aku plan nak pergi dengan family, bawa suami & anak-anak.  Tapi kali ni dapat pergi sorang je sebab ini office punya trip. Aku rasa bagus jugak pergi sorang ni.. dapat shoping dengan tenang.. tak de nak sibuk dengan anak-anak.  Maklum la.. aku ada anak kecik, kang aku shoping, dia pun sama shoping jugak..

Kitorang gerak hari Khamis 15 Januari 2015 pukul 5.00 petang.  Sampai Jeti Kuala Perlis pukul 5.00 pagi esoknya 16 Januari 2015.

Hari Pertama (16 Januari 2015)



Muka 'suci' sebab baru lepas solat.. haha

Lepas suboh kat Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung) & breakfast, kitorang naik feri pukul 9.00 pagi.  Sampai hotel dalam pukul 11.00 pagi.  Kitorang stay kat Simfoni Resort.  Okey jugak la resort ni.  Cuma banyak nyamuk.. terpakasalah modal RM7.00 beli spray nyamuk.



Dalam ferry..



Petang tu kitorang mulakan lawatan ke Mangrove Tour kat Kilim Geoforest Park.  Kitorang melawat Gua Kelawar, kelong ikan, bagi helang makan & tengok pulau-pulau kat sekitar kawasan tu.












Petang tu sempat jugak pergi shopping.  Biasalah.. kalau dah sampai sini, shopping tu wajib.  Sejak sebelum pergi lagi aku dah aim nak beli periok Corningware ni.. Ha.. macam makcik2 tak..?

So, dengan rezeki yang ada, aku rembat satu set 5 biji macam ni.. Boleh la kan.. buat kenang-kenangan.. Selain daripada tu, coklat Daim dan seangkatan dengannye pun aku rembat jugak..

 


Kenangan paling tak boleh lupakan untuk hari pertama ni adalah: DINNER.  Memang kitorang order makan 'tak hengat' punya order.  Pastu bila nak bayar, ha.. amek kau.. rasa'in.. Tapi tak pe la.. dah memang itu rezeki kitorang malam tu.. Orang kata bab-bab makan ni jangan banyak cerita.. Redha je la.. Apa-apa pun, makan memang sedap!!

Pengalaman kedua ialah: bila kitorang sumbat 15 orang dalam satu van.. Dah macam tin sardin.  Nasib baik aku kecik.  Boleh le menyelit.. Haha..

Hari Kedua (17 Januari 2015)



Jom sambung jenjalan..

First aktiviti kitorang hari kedua ni melawat pusat industri gamat kat Nusantara Minyak Gamat.  Dapat la tengok cara buat minyak gamat.  Selalu tu tau pakai je..







Pastu sebahagian dari kitorang pergi Underwater World.  Tengok ikan & hidupan dalam air.  Aku dengan member kamceng aku tak masuk.. Malas.. So, kitorang tumpang posing jap, pastu shopping lagi kat The Zon sebelah tu..



Petang tu kitorang naik cable car.  Cakap banyak tak guna la.. Meh layan gambar.. As usual, Encik Selfie banyak amik gambar.. So tak payah susah2 nak ambik gambar..










Muka ada takut skit..









Dalam banyak-banyak gambar, aku suka gambar ni.. sebab ni la geng kamceng aku, Lin & Kak Ana..



Lepas pergi cable car, kitorang sambung shopping & jalan-jalan lagi..





Ni je tinggal beras terbakar tu..


Malam tu kitorang lepak pergi Pantai Cenang.. Saja cuci mata & makan malam.  Pastu lepak kat Dataran Lang Langkawi.. Tempat wajib pergi bila sampai Pulau Langkawi.







Hari Ketiga (18 Januari 2015)

Yeay.. dah boleh balik..





Jom naik ferry..

Hari ni last day kat sini.. Lepas check out, kitorang terus naik feri balik tanah besar.  Sempat singgah kat Taman Anggur Perlis.  Tapi malangnya cuma dapat tengok pokok anggur je.. Buah ellek..





Dalam perjalan balik tu, kitorang singgah kat Pasar Wang Kelian, sempadan Malaysia - Thailand.  Seronok jugak kat sini.. Macam-macam ada dijual. Rambang mata..


Naik motor bayar RM2..








Itulah kisahnya lawatan ke Langkawi.. Inilah hasil belian kat sana.. termasuklah troli ni.. Sebelum pergi ramai kengkawan dah pesan, kena beli troli sebab senang nak angkat barang.. Memang betul la.. Sangat berguna troli ni.  Sebab beg dah beranak.. Hihi.




Kalau ada rezeki lagi.. aku nak bawak family pulak.. Tapi bukan nak shopping sangat.. Nak melawat tempat-tempat menarik kat sini.. In sha Allah..