Nuffnang Ads

Sunday 20 March 2016

Testimonial BB Plus


Kulit muka aku memang sensetif sangat. Tambah-tambah sejak dah 30an ni.  Macam-macam benda nak singgah. Jerawat, jeragat.. Semua ada..

Sebelum ni, aku pernah amalkan beberapa jenis collagen.  Daripada jenama yang murah, sampailah yang mahal.  Memang ada kesan.  Kulit nampak berseri dan jerawat kurang.  Aku pakai juga macam-macam produk & pergi buat facial kat spa..

Tapi, masalah jeragat pulak yang tak nak hilang.  Ggrrr... 

Paling teruk, bila aku berhenti ambil pil perancang.  Kulit muka jadi berminyak & berjerawat. Dengan jeragat  yang sedia ada.. Naik segan nak jumpa orang.

So, sejak aku join bisnes Sahajidah Hai-O ni, aku pun cuba BB Plus Collagen.  BB Plus Collagen ni diperbuat daripada kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal & inulin.

Cara pengambilannya senang je: Bancuh dengan 150ml air, minum 1 hari sekali sebelum tidur @ sebelum makan.

Antara kebaikannya adalah:-

7 Hasil Kulit Cantik

1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan putih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Meh tengok testimoni aku sendiri.  Kalau ikutkan, aku malu nak letak muka sendiri.  Tapi, sebagai penjual, kita kena cuba dulu, baru orang percaya.  Baru la orang konfiden nak beli.  Hihi.. Betul tak?

Gambar-gambar ni semua original ye.  Tak de edit @ filter pakai camera 360.. Aku pun tak pakai foundation, cuma pakai bedak Maybelline je.  Yang gambar sebelah bawah tu, memang muka tanpa mekap langsung.

Gambar yang 'selepas' tu aku ambik lepas aku minum 12 sachet BB Plus Collagen = lebih kurang selepas 15 hari.  Aku ada skip minum 2-3 kali..

Memang belum 'clear' semuanya.  Tapi, yang penting, ada kesan & aku puas hati..



Kesan jerawat hilang & jeragat dah kurang.. yeay.. ;-)


Saturday 19 March 2016

Obsesi Shah: Kapal Terbang


Anak sulung aku ni memang obses sangat dengan kapal terbang.  Tahap obses dia sampai dia tahu model kapal terbang walaupun kapal tu nun kat angkasa..

Semua dokumentari & siri kat tv pasal kapal terbang, dia mesti tengok.  Siap rakam & ulang.  Aku pulak yang muak.

Pasal MH 370 & MH 17 pun, dia ada teori dia sendiri.  Aku cakap kat dia kalau nak selalu naik kapal terbang, boleh la jadi pramugara.  Tapi dia tak nak.. Dia kata nak jadi pilot.  Kalau tak pun kerja yang berkaitan dengan airport.  Huhu..

Aku pun tak tau kerjaya apa yang sesuai dengan dia. Mungkin dari sekarang aku dah kena survey.. So bila dia habis SPM nanti boleh la tengok apa yang sesuai..

Sunday 28 February 2016

Bila Andy Buat Perangai Tak Nak Sekolah

Ini cerita 2 minggu lepas.  Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba Andy tak nak pergi sekolah.  Bangun pagi hari Isnin, muka monyok. Suruh solat,  ngaji, semua tak nak.  Bila sampai sekolah, tak nak turun kereta.  Bila paksa, dia peluk aku kuat-kuat, tak nak lepas.  Habis baju & shawl aku serabai sebab kena tarik dengan Andy.  Terpaksa aku minta classmate Andy panggil cikgu kaunseling untuk settle.  Lepas cikgu dia pujuk, dapat aku 'larikan' diri pergi office.

Tengahari tu, aku buat appointment dengan cikgu kelas & cikgu kaunseling Andy.  Bincang macamana nak selesaikan masalah budak tak nak pergi sekolah.  Alhamdulillah, cikgu-cikgu Andy beri kerjasama & sudi bantu untuk tengok-tengokkan dia.

2nd (hari Selasa) pergi sekolah, Andy masih buat perangai.  Kali ni lagi teruk dari semalam.  Nangis sekuat-kuat hati.  Sampai satu sekolah tumpu kat kitorang.  Andy peluk aku tak nak lepas.  Last-last minta tolong sorang cikgu lelaki pegang dia, aku 'lari' pergi kat kereta.  Dari jauh aku tengok Andy meronta-ronta minta dilepaskan.  Sayu lak hati..

Aku jadi tak sedap hati sebab selama ni Andy tak pernah buat hal.  Paling teruk pun kalau dia malas, aku pujuk & puji-puji dia sikit, dia okay.  Tapi kali ni macam ada yang tak kena.  Nak kata kena buli, rasanya classmate dia semua okay je.  Nak kata ada gangguan lain, wallahu alam..

Aku cuba search doa-doa & amalan untuk anak yang nakal @ degil.  Aku dapat satu ayat dari Surah ash-Syuraa ayat 19.  Caranya: baca ayat ni 19 kali & tiup kat ubun-ubun anak masa dia tido ataupun tiup kat dalam air & bagi anak minum.  

Dalam masa yang sama juga, malam tu aku bawak Andy jumpa sorang ustaz.  Ustaz tu urut dia & bagi air untuk mandi.  Malam tu jugak aku mandikan Andy dengan air tu.

Hari ke 3 (Rabu), Andy buat perangai lagi.  Tapi kali ni tak teruk macam hari sebelumnya.  Dia nangis, tapi tak menjerit, tak meronta.  Pak guard yang ada terus pegang dia, sementara aku 'lari' pergi kereta.

Hm.. satu sekolah dah kenal dengan aku.  Mana taknye, dah 3 hari Andy buat drama kat sekolah.. Waktu pagi pulak tu.  Memang time parents hantar anak sekolah & cikgu-cikgu masuk kerja..

Malam tu, aku amalkan lagi ayat dari surah asy-Syuraa & bagi Andy minum air yang ustaz bagi.  Ayah dia pun ada buatkan air Yassin untuk dia minum.

Alhamdulillah, dengan izin Allah.. Hari ke 4 (Khamis), Andy dah okay.  Walaupun riak muka ada sedih sikit, tapi dia tak menangis langsung.  Pak guard sekolah tu siap offer dia naik motor keliling sekolah, nak pujuk dia punye pasal..

Aku pergi office dengan hati yang sangat lega.  Lega sebab tak payah berdrama dengan Andy hari ni.  Lega sebab semua dah 'back to normal'..

Terdetik dalam hati.. Sebagai umat Islam, segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya.  Kita hanya perlu usaha & tawakkal kepada-Nya.  Alhamdulillah, usaha dan doa aku berhasil.

Syukur Ya Allah..  Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik perancang..

Tuesday 16 February 2016

Bang's Cabin Bistro Kota Tinggi #srcckotatinggi


Petang Ahad lepas aku & anak-anak try makan kat tempat makan baru kat Kota Tinggi ni. Tempatnye cantik & simple.  Dengan tagline "Better - Fresher - Tastier" tempat ni memang sesuai untuk makan sambil bersantai.  Dalam erti kata lain: melepak.. hihi..

Ketibaan kitorang disambut dengan senyuman mesra dari waiter kat situ diiringi lagu-lagu era 90'an & tahun 2000 an.. Tenang je rasa jiwa.  Rasa macam masuk restoran 5 star pulak.  Siap tanye berapa orang & pilihkan tempat duduk yang sesuai untuk kitorang..

Since anak-anak aku memang tekak omputeh, memang sesuai la tempat ni.  Petang tu kitorang makan chicken chop, fries, chicken alfredo & spaghetti..  Air pulak, air coklat & kopi ais.  Harga makanan kat sini berpatutan dan sesuai dengan konsep bistro. 

**Gambar makanan tak sempat ambik sebab semua dah kelaparan, terus ngap.. ;-)

Cuma pada pendapat aku, apa yang agak kurang ialah: tempat makan berbumbung yang terhad. Lebih kurang ada 5-6 meja je kat tempat berbumbung.  Meja-meja lain semua kat tempat open/terbuka.  So, kalau hujan, mungkin tak dapat menampung jumlah pelanggan yang ramai.

So, kepada sesiapa nak try suasana makan yang lain sikit kat Kota Tinggi, boleh singgah di Bang's Cabin Bistro ni.. 

Tuesday 9 February 2016

// Abah: 33 Tahun Tanpa Nasi



Ni abah aku.


Sejak Mak meninggal, abah banyak berubah. Abah terasa sangat kehilangan Mak.  Mana taknya, 47 tahun kawen.  Mak tinggal abah pergi haji sebulan lebih. Bila mak balik, baru 6 hari, Mak kembali pada penciptaNya..

Sabtu lepas, hampir 4 bulan Mak pergi.  Buat pertama kalinya abah 'keluar' dari rumah.  Aku bawak dia pergi rumah makcik aku (adik abah) sebab sepupu aku kawen.

Apa yang menarik aku nak share kat sini ialah pasal abah aku ni.  Korang percaya tak dah 33 tahun abah TAK MAKAN NASI.. Hihi.. hebat tak? Kalau aku satu hari tak jumpa nasik pun, dah macam apa.. Dia relax je..

Asalnya abah tak makan nasi masa mak aku mengandung adik aku Amy.. Masa tu umur aku 3 tahun kot.. Aku pun tak tahu kenapa abah tak makan nasi time tu.  Yang aku tahu, abah ada niat, nak anak lelaki. Kira macam bernazar la.  Time tu, abah dah ada 3 orang anak perempuan, sorang anak lelaki. So abah harap kali ni dapat anak lelaki.

Bermula masa tu, abah tak makan nasi, sampailah sekarang.  Ditakdirkan mak lahirkan anak lelaki.. Dapatlah adik aku si Amy ni.. Sekarang, adik aku pun dah umur 33 tahun.

Mak kata, dulu lepas adik aku ni lahir, abah pernah cuba makan nasi, tapi tak boleh.  Abah muntah & hampir pengsan.

Jadi, selepas kejadian tu, segala makanan berasaskan nasi macam bubur, ketupat, lontong & segala jenis nasi, abah tak makan.  Sumber karbohidrat abah sekarang ni mihun.  Memang mihun dibuat dari beras, tapi dia tak de rupa nasi kan? So, boleh la makan.. Hihi..

Cara abah makan mihun:-

mihun tu direbus @ celur sampai lembut.  Lepas tu, makan dengan apa-apa lauk yang ada.  Abah makan lauk macam kita jugak.. Bezanya cuma kita makan nasi dengan lauk-pauk.  Tapi abah makan mihun dengan lauk-pauk tu.. Rasa sama je kot.. Cuma rupa dia je lain..

Well.. Kepada korang yang nak diet, jangan takut-takut nak 'skip' makan nasi.  In Sha Allah boleh survive lagi walaupun tak makan nasi.. Selamat mencuba.. ;-)


Tuesday 26 January 2016

Imaginasi Rayyan

Budak Rayyan sorang ni ada hobi tersendiri iaitu melukis @ menconteng.. Mula-mula tengok dia menyonteng, aku ingatkan cuma conteng sebarang-sebarang je.  Bila tengok betul-betul rupanya ada cerita di sebalik contengan tu.

Memandangkan dia asik menyonteng sana sini, aku bagi dia 1 buku ni.. Dalam buku ni penuh dengan lukisan dia.  Antara lukisan yang dia lukis, kereta, kapal terbang, kapal laut.. Tak sangka pulak budak umur baru nak masuk 5 tahun boleh tekun melukis & mengekspressikan imaginasi dia.. Hmm.. ada bakat jadi pelukis agaknya nanti..




  Penuh satu buku ni dengan lukisan-lukisan dia..

 

Wednesday 20 January 2016

Arabian Night

Al kisahnya opis aku ada buat dinner sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Majlis Meraikan Persaraan & Meraikan Pelajar Praktikal kat Villa Warisan, JB bulan Disember 2015 yang lepas.  Cantik giler tempat ni..  Tema untuk dinner malam tu, Arabian Night.


Lepas je dapat info pasal tema dinner tu, aku pun google la costume yang sesuai untuk tema ala-ala arab.  Tapi, gambar yang keluar, semua gambar awek ala-ala belly dancer yang nampak pusat tu..

Berbekalkan kemahiran menjahit yang aku ada, aku improvise fesyen tu, jadi muslimah sikit.  So, tak de la nampak pusat tu.. Kalau aku pakai fesyen nampak pusat tu, konfem juling mata bos & office mate aku.. Hihi..

Bermodalkan RM37.40, maka terhasil la costume aku.. Amacam?? ok tak?? Aku beli kain biru tu kat Kedai Kain 1 Malaysia (RM13.50), belly dance belt tu beli kat Mr DIY (RM23.90).  Yang lain-lain tu, pakai apa yang ada je kat rumah.  Renda kat dahi tu pun aku pakai renda langsir je dik non.. hahaha..




Ni contoh baju yang aku 'copy'..




Malam tu jugak, ada pemilihan King & Queen of The Night.  Pemilihan King & Queen dibuat oleh pemilik Villa Warisan yang berdasarkan kreativiti pakaian.  Diulangi ye.. pakaian sahaja.  Mekap.. tak masuk senarai..

Ditakdirkan, rezeki aku malam tu.  So, dapat la title Queen of The Night untuk 1 malam.. Jadi la.. Aku rasa tokey tu pilih aku sebab baju aku lain dari yang lain.  Semua office mate aku pakai jubah & abaya.  Cuma aku sorang je yang pakai seluar ala-ala Alladin malam tu.  Siap dengan belly dance belt yang 'bising' tiap kali aku berjalan..

Tak dinafikan, ramai lagi office mate perempuan yang cantik-cantik macam Puteri Arab.  Tapi since pemilihan untuk kreativiti pakaian, kecantikan paras rupa tu nampanya tak menentukan pemenang..

Aku segan jugak bila menang, sebab aku mekap ala kadar je.. Tak de la nak bermodal & panggil make up artist bagai.. Anyway.. Alhamdulillah, syukur sangat..

Apa-apa pun, secara keseluruhannya majlis berjalan lancar.  Yang paling aku tak sangka, semua pegawai yang datang sangat sporting mengikut tema yang ditetapkan.  Terbaek..



Ini la 'king' aku malam tu.. 



Antara 'Puteri Arab' yang muncul.. 





Monday 18 January 2016

Badariah Md Apin: Langkawi Cable Car & 3D Art Museum

Badariah Md Apin: Langkawi Cable Car & 3D Art Museum: Hari Kedua 2 Disember 2015 Hari kedua kitorang mulakan perjalanan ke Langkawi Sky Cab (Cable Car). Jarak perjalanan dari Pekan Kuah leb...

Sunday 17 January 2016

Taman Buaya Teluk Sengat

Kitorang pergi taman buaya ni bulan 11 hari tu.. Boleh dikatakan setiap minggu kitorang lalu kawasan ni, so kitorang pun singgah la ke sini.  Taman buaya ni antara tarikan pelancong ke daerah Kota Tinggi.  Dikatakan taman buaya ni taman yang terbesar di Asia.

Taman Buaya ni terletak lebih kurang 33km dari bandar Kota Tinggi.  Perjalanan lebih kurang 30 minit je.

Tiket masuk ke sini RM8/dewasa, RM5/kanak-kanak.

Memang banyak giler buaya kat sini.  Dari yang kecik, sampai la yang besar gabak.  Buaya yang paling tua umurnya lebih kurang 150 tahun.  Buaya-buaya ni agak agresif bila diganggu.  Kalau tak, diorang lepak je sesama dia.

Meh usha gambar-gambar & video kat sana..


Tengkorak buaya..


Telur buaya





Ni la buaya yang paling tua.. umur dalam 150 tahun..





Tuesday 12 January 2016

Langkawi Cable Car & 3D Art Museum

Hari Kedua 2 Disember 2015

Hari kedua kitorang mulakan perjalanan ke Langkawi Sky Cab (Cable Car). Jarak perjalanan dari Pekan Kuah lebih kurang 28 km dan ambil masa 40 minit.

Gamat Nusantara

On the way  tu, kitorang singgah kat kedai gamat Nusantara.  Kat sini tulis "Jangan Pulang Tanpanya!".. So, takut kena marah kalau tak beli, aku beli 2-3 barang kat sini..



Cable Car

 Tiket untuk Sky Cab ni RM35/dewasa, RM25/kanak-kanak.  Aku beli sekali tiket Combo untuk masuk 3D Art Museum.  Tiket masuk Art Museum pulak RM20/dewasa, RM10/kanak-kanak.








Kat sini pun ada love lock macam ni.. 


3D Art Museum

Lepas naik Cable Car, kitorang masuk pulak 3D Art Museum.  Penat bergambar beb.. sampai dah tak tau nak posing macamana lagi..