Nuffnang Ads

Sunday 28 February 2016

Bila Andy Buat Perangai Tak Nak Sekolah

Ini cerita 2 minggu lepas.  Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba Andy tak nak pergi sekolah.  Bangun pagi hari Isnin, muka monyok. Suruh solat,  ngaji, semua tak nak.  Bila sampai sekolah, tak nak turun kereta.  Bila paksa, dia peluk aku kuat-kuat, tak nak lepas.  Habis baju & shawl aku serabai sebab kena tarik dengan Andy.  Terpaksa aku minta classmate Andy panggil cikgu kaunseling untuk settle.  Lepas cikgu dia pujuk, dapat aku 'larikan' diri pergi office.

Tengahari tu, aku buat appointment dengan cikgu kelas & cikgu kaunseling Andy.  Bincang macamana nak selesaikan masalah budak tak nak pergi sekolah.  Alhamdulillah, cikgu-cikgu Andy beri kerjasama & sudi bantu untuk tengok-tengokkan dia.

2nd (hari Selasa) pergi sekolah, Andy masih buat perangai.  Kali ni lagi teruk dari semalam.  Nangis sekuat-kuat hati.  Sampai satu sekolah tumpu kat kitorang.  Andy peluk aku tak nak lepas.  Last-last minta tolong sorang cikgu lelaki pegang dia, aku 'lari' pergi kat kereta.  Dari jauh aku tengok Andy meronta-ronta minta dilepaskan.  Sayu lak hati..

Aku jadi tak sedap hati sebab selama ni Andy tak pernah buat hal.  Paling teruk pun kalau dia malas, aku pujuk & puji-puji dia sikit, dia okay.  Tapi kali ni macam ada yang tak kena.  Nak kata kena buli, rasanya classmate dia semua okay je.  Nak kata ada gangguan lain, wallahu alam..

Aku cuba search doa-doa & amalan untuk anak yang nakal @ degil.  Aku dapat satu ayat dari Surah ash-Syuraa ayat 19.  Caranya: baca ayat ni 19 kali & tiup kat ubun-ubun anak masa dia tido ataupun tiup kat dalam air & bagi anak minum.  

Dalam masa yang sama juga, malam tu aku bawak Andy jumpa sorang ustaz.  Ustaz tu urut dia & bagi air untuk mandi.  Malam tu jugak aku mandikan Andy dengan air tu.

Hari ke 3 (Rabu), Andy buat perangai lagi.  Tapi kali ni tak teruk macam hari sebelumnya.  Dia nangis, tapi tak menjerit, tak meronta.  Pak guard yang ada terus pegang dia, sementara aku 'lari' pergi kereta.

Hm.. satu sekolah dah kenal dengan aku.  Mana taknye, dah 3 hari Andy buat drama kat sekolah.. Waktu pagi pulak tu.  Memang time parents hantar anak sekolah & cikgu-cikgu masuk kerja..

Malam tu, aku amalkan lagi ayat dari surah asy-Syuraa & bagi Andy minum air yang ustaz bagi.  Ayah dia pun ada buatkan air Yassin untuk dia minum.

Alhamdulillah, dengan izin Allah.. Hari ke 4 (Khamis), Andy dah okay.  Walaupun riak muka ada sedih sikit, tapi dia tak menangis langsung.  Pak guard sekolah tu siap offer dia naik motor keliling sekolah, nak pujuk dia punye pasal..

Aku pergi office dengan hati yang sangat lega.  Lega sebab tak payah berdrama dengan Andy hari ni.  Lega sebab semua dah 'back to normal'..

Terdetik dalam hati.. Sebagai umat Islam, segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya.  Kita hanya perlu usaha & tawakkal kepada-Nya.  Alhamdulillah, usaha dan doa aku berhasil.

Syukur Ya Allah..  Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik perancang..

Tuesday 16 February 2016

Bang's Cabin Bistro Kota Tinggi #srcckotatinggi


Petang Ahad lepas aku & anak-anak try makan kat tempat makan baru kat Kota Tinggi ni. Tempatnye cantik & simple.  Dengan tagline "Better - Fresher - Tastier" tempat ni memang sesuai untuk makan sambil bersantai.  Dalam erti kata lain: melepak.. hihi..

Ketibaan kitorang disambut dengan senyuman mesra dari waiter kat situ diiringi lagu-lagu era 90'an & tahun 2000 an.. Tenang je rasa jiwa.  Rasa macam masuk restoran 5 star pulak.  Siap tanye berapa orang & pilihkan tempat duduk yang sesuai untuk kitorang..

Since anak-anak aku memang tekak omputeh, memang sesuai la tempat ni.  Petang tu kitorang makan chicken chop, fries, chicken alfredo & spaghetti..  Air pulak, air coklat & kopi ais.  Harga makanan kat sini berpatutan dan sesuai dengan konsep bistro. 

**Gambar makanan tak sempat ambik sebab semua dah kelaparan, terus ngap.. ;-)

Cuma pada pendapat aku, apa yang agak kurang ialah: tempat makan berbumbung yang terhad. Lebih kurang ada 5-6 meja je kat tempat berbumbung.  Meja-meja lain semua kat tempat open/terbuka.  So, kalau hujan, mungkin tak dapat menampung jumlah pelanggan yang ramai.

So, kepada sesiapa nak try suasana makan yang lain sikit kat Kota Tinggi, boleh singgah di Bang's Cabin Bistro ni.. 

Tuesday 9 February 2016

// Abah: 33 Tahun Tanpa Nasi



Ni abah aku.


Sejak Mak meninggal, abah banyak berubah. Abah terasa sangat kehilangan Mak.  Mana taknya, 47 tahun kawen.  Mak tinggal abah pergi haji sebulan lebih. Bila mak balik, baru 6 hari, Mak kembali pada penciptaNya..

Sabtu lepas, hampir 4 bulan Mak pergi.  Buat pertama kalinya abah 'keluar' dari rumah.  Aku bawak dia pergi rumah makcik aku (adik abah) sebab sepupu aku kawen.

Apa yang menarik aku nak share kat sini ialah pasal abah aku ni.  Korang percaya tak dah 33 tahun abah TAK MAKAN NASI.. Hihi.. hebat tak? Kalau aku satu hari tak jumpa nasik pun, dah macam apa.. Dia relax je..

Asalnya abah tak makan nasi masa mak aku mengandung adik aku Amy.. Masa tu umur aku 3 tahun kot.. Aku pun tak tahu kenapa abah tak makan nasi time tu.  Yang aku tahu, abah ada niat, nak anak lelaki. Kira macam bernazar la.  Time tu, abah dah ada 3 orang anak perempuan, sorang anak lelaki. So abah harap kali ni dapat anak lelaki.

Bermula masa tu, abah tak makan nasi, sampailah sekarang.  Ditakdirkan mak lahirkan anak lelaki.. Dapatlah adik aku si Amy ni.. Sekarang, adik aku pun dah umur 33 tahun.

Mak kata, dulu lepas adik aku ni lahir, abah pernah cuba makan nasi, tapi tak boleh.  Abah muntah & hampir pengsan.

Jadi, selepas kejadian tu, segala makanan berasaskan nasi macam bubur, ketupat, lontong & segala jenis nasi, abah tak makan.  Sumber karbohidrat abah sekarang ni mihun.  Memang mihun dibuat dari beras, tapi dia tak de rupa nasi kan? So, boleh la makan.. Hihi..

Cara abah makan mihun:-

mihun tu direbus @ celur sampai lembut.  Lepas tu, makan dengan apa-apa lauk yang ada.  Abah makan lauk macam kita jugak.. Bezanya cuma kita makan nasi dengan lauk-pauk.  Tapi abah makan mihun dengan lauk-pauk tu.. Rasa sama je kot.. Cuma rupa dia je lain..

Well.. Kepada korang yang nak diet, jangan takut-takut nak 'skip' makan nasi.  In Sha Allah boleh survive lagi walaupun tak makan nasi.. Selamat mencuba.. ;-)