Sejak kena UNFRIEND dengan member hari tu, tak tahu kenapa, aku terkesan dengan isu ni. Mungkin sejak kecik aku diajar untuk sayang & menghargai kawan. Lagi pulak bila dah dewasa ni kita berkawan dengan macam-macam jenis orang, pelbagai peringkat umur.
Tapi tulah kan.. x tau mana silapnya (salah aku ke.. salah dia ke.. ) tetiba member ni UNFRIEND aku kat Facebook. Yang menyebabkan aku terasa ialah: member ni memang baik dengan aku & hari-hari mesti nampak muka dia. Bila tetiba unfriend ni, aku jadi keliru sikit. Aku pun tertanya-tanya, aku ada buat salah dengan dia ke? Dia ada terasa hati dengan aku ke? Hm.. entahlah..
Bila dah tak kawan kat Facebook, aku pun rasa macam tak berapa nak best bila jumpa kat alam nyata ni.. Nak bertegur & bersembang pun dah tak best..
Bagi aku senang je, kalau agak2 tak suka dengan sesorang, x payah add @ approve friend request dari awal lagi daripada unfriend bila ada masalah.
Tak apalah.. aku redha je & aku maafkan dia. Semoga dengan memutuskan silaturrahim, persahabatan dan meng'unfriend' aku, hidup dia lebih tenang dan gembira sebab tak payah tengok post-post aku kat Facebook & aku pun tak de peluang nak tengok life dia dalam tu.. alah.. tak rugi apa pun kan..
Cuma apa yang aku kesalkan, sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan. Tak fikir hati & perasaan orang. Sejujurnya aku sayang kawan2 aku. Baik buruk diorang, aku boleh terima. Tapi tak sangka pulak dia tak boleh terima buruk aku. By the way.. buruk sangat ke aku ni? Mungkin korang rasa perkara ni kecik je. Tapi tak bagi aku. Sebab PERSAHABATAN tu BESAR ertinya bagi aku.
Apa-apa pun.. aku gembira sebab dikurniakan sahabat, kawan & teman yang setia dan sedia mendengar & melayan karenah aku..
Akhir sekali, hargailah kawan kita. Kalau x suka pun, UNFOLLOW je.. Peace..
No comments:
Post a Comment