Januari lepas aku & office mate ada lawatan ke Langkawi. Ini first time aku pergi Langkawi. Sebelum ni ada beberapa kali plan nak pergi, tapi tak jadi.
So, bila dapat peluang, aku pergi la.. Sebelum ni aku plan nak pergi dengan family, bawa suami & anak-anak. Tapi kali ni dapat pergi sorang je sebab ini office punya trip. Aku rasa bagus jugak pergi sorang ni.. dapat shoping dengan tenang.. tak de nak sibuk dengan anak-anak. Maklum la.. aku ada anak kecik, kang aku shoping, dia pun sama shoping jugak..
Kitorang gerak hari Khamis 15 Januari 2015 pukul 5.00 petang. Sampai Jeti Kuala Perlis pukul 5.00 pagi esoknya 16 Januari 2015.
Hari Pertama (16 Januari 2015)
Muka 'suci' sebab baru lepas solat.. haha
Lepas suboh kat Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung) & breakfast, kitorang naik feri pukul 9.00 pagi. Sampai hotel dalam pukul 11.00 pagi. Kitorang stay kat Simfoni Resort. Okey jugak la resort ni. Cuma banyak nyamuk.. terpakasalah modal RM7.00 beli spray nyamuk.
Dalam ferry..
Petang tu kitorang mulakan lawatan ke Mangrove Tour kat Kilim Geoforest Park. Kitorang melawat Gua Kelawar, kelong ikan, bagi helang makan & tengok pulau-pulau kat sekitar kawasan tu.
Petang tu sempat jugak pergi shopping. Biasalah.. kalau dah sampai sini, shopping tu wajib. Sejak sebelum pergi lagi aku dah aim nak beli periok Corningware ni.. Ha.. macam makcik2 tak..?
So, dengan rezeki yang ada, aku rembat satu set 5 biji macam ni.. Boleh la kan.. buat kenang-kenangan.. Selain daripada tu, coklat Daim dan seangkatan dengannye pun aku rembat jugak..
Kenangan paling tak boleh lupakan untuk hari pertama ni adalah: DINNER. Memang kitorang order makan 'tak hengat' punya order. Pastu bila nak bayar, ha.. amek kau.. rasa'in.. Tapi tak pe la.. dah memang itu rezeki kitorang malam tu.. Orang kata bab-bab makan ni jangan banyak cerita.. Redha je la.. Apa-apa pun, makan memang sedap!!
Pengalaman kedua ialah: bila kitorang sumbat 15 orang dalam satu van.. Dah macam tin sardin. Nasib baik aku kecik. Boleh le menyelit.. Haha..
Hari Kedua (17 Januari 2015)
Jom sambung jenjalan..
First aktiviti kitorang hari kedua ni melawat pusat industri gamat kat Nusantara Minyak Gamat. Dapat la tengok cara buat minyak gamat. Selalu tu tau pakai je..
Pastu sebahagian dari kitorang pergi Underwater World. Tengok ikan & hidupan dalam air. Aku dengan member kamceng aku tak masuk.. Malas.. So, kitorang tumpang posing jap, pastu shopping lagi kat The Zon sebelah tu..
Petang tu kitorang naik cable car. Cakap banyak tak guna la.. Meh layan gambar.. As usual, Encik Selfie banyak amik gambar.. So tak payah susah2 nak ambik gambar..
Muka ada takut skit..
Dalam banyak-banyak gambar, aku suka gambar ni.. sebab ni la geng kamceng aku, Lin & Kak Ana..
Lepas pergi cable car, kitorang sambung shopping & jalan-jalan lagi..
Ni je tinggal beras terbakar tu..
Malam tu kitorang lepak pergi Pantai Cenang.. Saja cuci mata & makan malam. Pastu lepak kat Dataran Lang Langkawi.. Tempat wajib pergi bila sampai Pulau Langkawi.
Hari Ketiga (18 Januari 2015)
Yeay.. dah boleh balik..
Jom naik ferry..
Hari ni last day kat sini.. Lepas check out, kitorang terus naik feri balik tanah besar. Sempat singgah kat Taman Anggur Perlis. Tapi malangnya cuma dapat tengok pokok anggur je.. Buah ellek..
Dalam perjalan balik tu, kitorang singgah kat Pasar Wang Kelian, sempadan Malaysia - Thailand. Seronok jugak kat sini.. Macam-macam ada dijual. Rambang mata..
Naik motor bayar RM2..
Itulah kisahnya lawatan ke Langkawi.. Inilah hasil belian kat sana.. termasuklah troli ni.. Sebelum pergi ramai kengkawan dah pesan, kena beli troli sebab senang nak angkat barang.. Memang betul la.. Sangat berguna troli ni. Sebab beg dah beranak.. Hihi.
Kalau ada rezeki lagi.. aku nak bawak family pulak.. Tapi bukan nak shopping sangat.. Nak melawat tempat-tempat menarik kat sini.. In sha Allah..
No comments:
Post a Comment