Nuffnang Ads

Tuesday 9 February 2016

// Abah: 33 Tahun Tanpa Nasi



Ni abah aku.


Sejak Mak meninggal, abah banyak berubah. Abah terasa sangat kehilangan Mak.  Mana taknya, 47 tahun kawen.  Mak tinggal abah pergi haji sebulan lebih. Bila mak balik, baru 6 hari, Mak kembali pada penciptaNya..

Sabtu lepas, hampir 4 bulan Mak pergi.  Buat pertama kalinya abah 'keluar' dari rumah.  Aku bawak dia pergi rumah makcik aku (adik abah) sebab sepupu aku kawen.

Apa yang menarik aku nak share kat sini ialah pasal abah aku ni.  Korang percaya tak dah 33 tahun abah TAK MAKAN NASI.. Hihi.. hebat tak? Kalau aku satu hari tak jumpa nasik pun, dah macam apa.. Dia relax je..

Asalnya abah tak makan nasi masa mak aku mengandung adik aku Amy.. Masa tu umur aku 3 tahun kot.. Aku pun tak tahu kenapa abah tak makan nasi time tu.  Yang aku tahu, abah ada niat, nak anak lelaki. Kira macam bernazar la.  Time tu, abah dah ada 3 orang anak perempuan, sorang anak lelaki. So abah harap kali ni dapat anak lelaki.

Bermula masa tu, abah tak makan nasi, sampailah sekarang.  Ditakdirkan mak lahirkan anak lelaki.. Dapatlah adik aku si Amy ni.. Sekarang, adik aku pun dah umur 33 tahun.

Mak kata, dulu lepas adik aku ni lahir, abah pernah cuba makan nasi, tapi tak boleh.  Abah muntah & hampir pengsan.

Jadi, selepas kejadian tu, segala makanan berasaskan nasi macam bubur, ketupat, lontong & segala jenis nasi, abah tak makan.  Sumber karbohidrat abah sekarang ni mihun.  Memang mihun dibuat dari beras, tapi dia tak de rupa nasi kan? So, boleh la makan.. Hihi..

Cara abah makan mihun:-

mihun tu direbus @ celur sampai lembut.  Lepas tu, makan dengan apa-apa lauk yang ada.  Abah makan lauk macam kita jugak.. Bezanya cuma kita makan nasi dengan lauk-pauk.  Tapi abah makan mihun dengan lauk-pauk tu.. Rasa sama je kot.. Cuma rupa dia je lain..

Well.. Kepada korang yang nak diet, jangan takut-takut nak 'skip' makan nasi.  In Sha Allah boleh survive lagi walaupun tak makan nasi.. Selamat mencuba.. ;-)


3 comments: