Nuffnang Ads

Tuesday, 13 January 2015

Soufeel Bracelet

Ada yang tanya pasal Soufeel Bracelet yang aku beli hari tu.  Meh aku cerita sikit..

Barang kemas Soufeel ni diperbuat dari 925 silver sterling.. Ada juga bracelet yang dibuat daripada kulit.. Gelang ni sama macam Pandora.  Ada gelang + charm + clips.

Ada tengok kat web & Facebook yang jual Pandora Inspired (gelang ala Pandora yang tiruan).  Aku pernah beli, tapi bukan nak cakap apa la kan.. kualitinya agak 'kurang'.. Al-maklum, barang tiruan. Pastu, gelang tu besar gabak.. tangan aku kan kecik.. So, tak boleh pakai, aku sedekah kat officemate.. Satu lagi, aku cuma boleh pakai emas, emas putih & silver.  Kalau material lain, nanti kulit aku kalah.. jadi kudis..

So, memandangkan Soufeel ni hari-hari duk promote produk dia kat ruang iklan FB, aku pun tergoda la.. Buka website dia: http://www.soufeel.com.my .. Banyak pilihan charm kat dalam tu.  Harga pun, boleh tahan murahnya.  Especially yang ada offer.  Sesuai dengan kemampuan aku..

Satu lagi yang aku suka pasal Soufeel ni, salah satu produknya 'Memorable Charms' yang kita boleh letak gambar kita kat dalam tu.. So, apa lagi, aku pun mengetes order.

Cara nak order, senang je..

1) pilih bracelet @ bangle - aku pilih yang 16 cm. Ngam-ngam kat tangan aku yang kecik ni..
2) pilih charm
3) submit order
4) transfer duit
5) tunggu.. (kalau nak check order kita dah sampai mana, boleh check kat 'Track Order')

Punyala lama aku tunggu, rupanya Soufeel ni berpusat di Hong Kong.. So, ambil masa nak sampai Malaysia.  Jenuh aku tunggu 10-14 hari, baru sampai..

Hasilnya.. TAA DAA..






Harga untuk satu set ni lebih kurang RM745.40

Bracelet:                    RM240.50
Charm:                       RM165.50 x 2 = RM331.00
Memorable Charm:   RM173.90

After less (discount & guna kupon) aku cuma bayar RM252.06 sahaja.  Murah la kan.. kalau nak banding dengan harga asal..

Dengan pembelian melebih RM145.00, dapat free pearl earing macam kat bawah ni..


So, kalau korang nak beli barang kat Soufeel ni, boleh la cuci mata kat website tu.. Selamat bershoping..

4 comments:

  1. boleh ke beli guna kad debit maybank?

    ReplyDelete
  2. boleh.. macam beli barang online biasa tu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi..minat dgn pandora? Blh je visit my blog "jeannapandora.blogspot" or my fb page "gorgeous pandora" utk dptkan koleksi pandora pd harga yg murah dan berpatutan. Tq 😊

    ReplyDelete