Nuffnang Ads

Wednesday 7 January 2015

Taklimat Sekolah Andy


Hari ni ada taklimat untuk ibu bapa & sesi suai kenal untuk Andy.. Tahun 2015 ni Andy 7 tahun, so mula sekolah darjah 1.  Punyalah payah nak bangun tido pagi tadi.. Bila dah bangun masih lagi termenung sana sini.. dah dekat pukul 7 pun masih tak siap2 lagi..

Tapi bila dah siap, dia pulak excited nak pergi sekolah.  Tahun ni Andy sekolah kat Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.  Satu sekolah dengan abang Shah dia. Senang sikit.. SRAB ni sama je macam sekolah agama yang lain. Tapi sekolah agama & sekolah kebangsaan disatukan dalam satu sekolah..

Apa yang bestnye sekolah ni adalah:

1) Pendidikan agama didahulukan.. (ni sebab utama aku hantar anak kat sini.. ) Guru & ustazah yang berkelayakkan, prihatin & baik2 belaka.
2) Sesi pendidikan akademik sekolah kebangsaan & agama kat dalam 1 sekolah yang sama (tak yah susah2 nak hantar 2 sekolah)
3) Sesi persekolahan 7.30 pagi - 4.30 petang (office hour tu.. so, tak yah amek tengahari, pastu hantar sekolah petang)
4) Sarapan & makan tengahari disediakan.  Yuran bulanan cuma RM55.00 sahaja sebulan (tak payah bawak bekal..)
5) Kasut sekolah dia warna hitam (tak payah basuh.. )

Haha.. alasan nombor 5 tu macam tak logik kan.. Tapi betul apa.. kalau kasut putih, susah nak maintain kan?? Lagipun, senang skit mama dia ni.. tak payah nak basuh kasut tiap2 minggu.

Since kadang-kadang aku kerja tak menentu masanya, so, sekolah ni memang paling sesuai untuk anak-anak aku & untuk aku.  Makan minum dah tentu ada, time tengahari pun, diorang solat zohor berjemaah sekali.

Harap-harap Andy boleh sesuaikan diri kat sekolah ni.  Risau jugak sebab Andy ni lain sikit.. Dia selalu 'moody'.. Takut nanti kat sekolah dia buat perangai, susah pulak cikgu.

Yang paling aku risau, sesi sekolah yang panjang, dari pagi sampai petang.  Takut dia bosan pulak.  Masa Shah mula-mula sekolah dulu, masa tahun 1, dia kerap demam.  Mungkin penat sebab sesi sekolah lama sangat.  Tapi bila dah masuk 4-5 bulan lepas tu, alhamdulillah.. dia dah boleh sesuaikan diri.

Itulah kan, hati ibu.. Sentiasa risau bila nak lepaskan anak ke mana-mana.. Ni baru darjah 1, belum sekolah menengah, universiti, kerja.. Nak tak nak, kena redha, doa yang terbaik untuk diorang..




Bila mood ok.. mulut tak berhenti bercakap lak..



No comments:

Post a Comment