Nuffnang Ads

Wednesday 5 November 2014

Aceh - Medan, Indonesia

Aceh - Medan, Indonesia

Lawatan ke Aceh dan Medan Indonesia ni anjuran Majlis Kebudayaan Kota Tinggi.  So rombongan ni terbuka kepada semua AJK Majlis Kebudayaan Kota Tinggi dan orang perseorangan yang berminat.  Disebabkan rezeki datang bergolek, aku dapat peluang join rombongan ni secara percuma.  Cuma kena sediakan duit shoping sendiri.  Takkan tu pun orang nak belaja, ye dok??

Antara objektifnye adalah untuk menjejak Tun Sri Lanang yang sinonim dengan Kota Tinggi dan melihat kesan tsunami yang dah 10 tahun berlaku di Bandar Aceh.


Hari Pertama (13 September 2014)
Kota Tinggi - Johor Bahru - Kuala Lumpur - Medan - Aceh

Ha.. tengok tajuk je dah panjang kan? Itulah perjalanan yang kitorang tempoh untuk ke Aceh, Indonesia.  Perjalanan  dimulakan dengan flight dari JB ke Kuala Lumpur pukul 10 pagi.  Transit di KL, Medan, dan terus ke Aceh.  Sampai Aceh lebih kurang pukul 5 petang. Kitorang naik flight MAS dan Garuda Indonesia.. servis diorang semua okey.. makan pun sedap (walaupun setakat kacang shandong dengan air oren..haha) Mula-mula rasa takut jugak sebab naik MAS.. tapi aku tawakkal je la.. Siapa lagi nak support MAS kalau tak warga Malaysia sendiri kan?



Mak, adik, adik ipar, suami & anak2 (tak de dalam gambar) hantar kat Airport Senai..
Sedih je nak tinggal diorang 4 hari..






Selfie sebelum berangkat..

Selepas menempuh perjalanan yang agak lama.. (mana taknye, 3 kali naik turun kapal terbang..) Sampailah kitorang di Banda Aceh.. Alhamdulillah.. 





Pakaian tradisional Aceh

Lawatan hari pertama terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada big boss & VIP melawat makam Tun Sri Lanang di Samalanga.. Kumpulan kedua (kumpulan kitorang) terus ke Banda Aceh.

Memandangkan kitorang sampai dah lewat petang, kitorang cuma dibawa melawat Kuburan Masal Siron yang menempatkan 26,000 mangsa tsunami yang terkorban di Aceh pada tahun 2004.  

Tourist Guide kitorang budak perempuan berumur 24 tahun.  Nama dia Maulidar Binti Yusuf. Dia petah sangat bercakap & pandai berinteraksi dengan pelancong.  Dia kata dia mangsa tsunami yang dilatih sebagai tourist guide untuk beri maklumat berkenaan tsunami di Aceh.  



Ni la Maulidar.. comel kan dia? Lelaki sebelah ni kira 3rd bos aku la.. 
tapi dia memang sporting.. kitorang panggil dia Encik Selfie.. 
sebab dia memang suka selfie.. 




Lepas melawat kawasan perkuburan ni, kitorang dibawa ke restoran untuk makan malam dan terus check in hotel.

Kitorang makan kat Rumah Makan Specific Aceh.  Kat Aceh ni terkenal dengan ikan kayu. Kira ikan kayu ni trademark diorang la.. Malangnya tekak Jawa aku ni tak boleh telan ikan kayu ni.. Bukan tak sedap, cuma tak 'masuk' dengan selera aku. So, bantai makan sayur je la.. Takut kalau tak makan nanti karang sakit perut lak.. Makan sekadar untuk alas perut je.. Aku ingat aku sorang yang tak berapa selera nak makan, rupanya kawan-kawan lain pun sama jugak.. 



juadah malam ni..

Ni hotel yang kitorang tido.  Namanya Hotel Mekkah.. wah.. rasa macam pergi haji pulak..



Perkara pertama yang aku buat lepas check in adalah: jeng..jeng..jeng.. beli sim kad telefon kat sini.. Lantak la apa orang nak cakap.. yang penting aku dapat call suami & anak2 yang aku tinggalkan.. Kalau beli sim kad Indonesia, jimat sikit kalau nak bandingkan dengan roaming. Aku bukannya orang berada, so kenalah pandai2 berjimat.

Yang paling best, officemate aku siap print senarai ni untuk memudahkan jual - beli kat sini.. kreatif kan Nor Hazlin ni? So tak payah la susah2 nak kira berapa harga barang dalam RM.. kat list ni dah siap kirakan berapa RM = Rupiah.. hihi..


- End of day 1 -

Hari Kedua (13 September 2014)

Muzium Tsunami Aceh

Hari kedua ni hujan lebat giler.. Menurut kata Maulidar (tourist guide tu..), Banda Aceh dah lama tak hujan.  Tapi berkat kehadiran kitorang (ceh..), hujan turun selebat-lebatnya.  So, kita melancong dengan kebasahan hari tu.. 

Hari kedua tu kitorang dibawa ke Muzium Tsunami.  Sepanjang dalam muzium tu, kitorang dibawa tengok gambar-gambar masa kejadian tsunami & kerja-kerja menyelamat.  Masa kat dalam tu memang rasa insaf & sedar dengan kebesaran Allah SWT.  Kitorang jugak dibawa tengok video pasal tsunami.  Sedih sangat rasa.. Meh tengok gambar-gambar masa kitorang kat sana..


Serius je muka aku dengar taklimat..

















Kapal Atas Rumah

Ingat tak pasal kapal besar yang dibawa arus tsunami & terdampar kat atas rumah orang?  hari ni kitorang dibawa melawat tempat tu..

Menurut cerita Maulidar, kapal ni seberat 6000 tan yang mengandungi jentera jana elektrik.  Bayangkan kapal seberat 6000 tan boleh dibawa air sejauh 5km?  Huh.. memang hebat kuasa Allah SWT.  









Ni satu lagi kapal atas rumah.  Tapi ni kapal nelayan.. Apa pun, ia tetap kapal yang duk kat atas atap rumah.. 




Masjid Raya Baiturrahman

Ni pulak masjid yang tak terjejas masa tsunami.  Tak sah kalau ke Aceh tak ke Masjid ni..
Bersyukur sangat dapat solat kat sini.  Sekali lagi, rasa insaf dengan kebesaran Allah..




Last sekali sebelum balik hotel.. shopping la.. Memandangkan aku bawa duit tak banyak, cuma Rp 3,000,000 je.  So kenalah buat perbelanjaan berhemah.. Tapi, alhamdulillah.. dapat la bawak balik souviner untuk kengkawan & family.. Tempat shopping kitorang ialah Pasar Atjeh.. Memang banyak ole-ole yang boleh dibawa balik. Yang paling banyak orang shoping ialah telekung, jubah & kain pasang.  Barang lain pun banyak jugak.. Antara ole-ole yang popular kopi Aceh, coklat Aceh & keropok belinjau.. Aku cuma beli beg macam kat bawah ni dengan 3-4 pasang jubah je.. 





- End of day 2 -

Hari Ketiga (14 September 2014)

Hari ketiga, kitorang terbang ke Medan pulak.. Sebelum ke Medan, kitorang melawat Rumah Anak Yatim Johor di Aceh.  Hm.. rasa bangga lak tengok bendera Johor & Jalur Gemilang berkibar di bumi Aceh.



Gambar kenangan kat pintu gerbang Rumah Anak Yatim Johor. 
As usual, aku lah yang paling kecik..

Lepas tu kitorang melawat Rumah Aceh & Makam Pahlawan Sultan Iskandar Muda.






Hari Ketiga - Medan

Sesampai je kat Medan, kitorang pergi ke Istana Maimon.. Kat sini boleh sewa baju ala-ala Sultan & Sultanah dengan harga Rp10,000 sahaja. Lebih kurang RM3 je.. Aku pun apa lagi.. try la sepasang.. hihi..




Hihi.. sopan tak aku duduk? 


Lepas pergi istana ni, kitorang dibawa shopping kat Pasar Ikan.  Nama macam pasar jual ikan, tapi tempat ni pasar yang jual baju, kain pasang, telekung & souvenir.. Punya lah sibuk bershopping, sampai tak sempat ambik gambar kat sini.. 

Kat Medan ni kitorang duk kat Antares Hotel.

Sebelah malam pulak kitorang ada makan malam dengan Wali Kota Medan. Malam tu dinner yang santai je.. 






Gambar kenangan dengan Wali Kota Medan.. 
tapi muka aku tak de plak dalam gambar ni.. huh..

Lepas dinner tu, kitorang meronda naik beca-motor.. Giler takut tengok cara diorang memandu kat sini.. Boleh kencing manis dibuatnye.. Diorang memandu macam tak ikut peraturan. Main redah je.. Tapi yang peliknye tak pulak accident.. Mungkin sebab diorang dah biasa dengan keadaan lalu lintas yang macam tu..

Malam tu adalah shopping sikit & lepas tu, melepak kat warong depan hotel.. Tengok gelagat orang Medan.. 


Ngopi.. kan aku dah cakap.. 3rd boss aku suka selfie.. hihi..


- End of Day 3 -

Hari Keempat (15 September 2014)

Tak banyak aktiviti hari ni.. cuma fokus nak balik Malaysia je.. rindu anak-anak..


Happy giler sebab tak sabar nak balik..  


Lastly.. sebelum keluar dari flight.. selfie dengan pramugari MAS ni.. comel kan dia?

Akhirnya kitorang sampai Kota Tinggi pukul 10.00 malam.  Walaupun penat, tapi banyak kenangan dalam trip ni.. 

Yang paling terkesan ialah: dapat belajar cara orang Aceh 'bangkit' selepas 10 tahun tsunami..  

Satu lagi.. rasa Syukur menjadi rakyat Malaysia. Banyak keistimewaan Malaysia yang tak de kat negara lain..

Peace.. 

2 comments:

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam... Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Aceh sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp +6281263979828
    Facebook : Muchsin Bin Mustafa Yatim

    ReplyDelete