Nuffnang Ads

Tuesday 11 November 2014

Tempat Gantung Keychain & Magnet (DIY)

Kat opis selalu dapat keychain & fridge magnet dari bos & officemate yang pergi bercuti. Aku pun lebih suka beli keychain & fridge magnet bila pergi jenjalan.  Selama ni barang-barang ni duk letak dalam bakul je sampai naik berhabuk.  

Tetiba dapat pulak idea macamana nak gantung barang-barang ni supaya nampak cantik & sebagai tanda menghargai pemberian orang.

Kebetulan pulak, masa pergi Mr. DIY hari tu, ada bingkai cermin yang reject (sebab cerminnya dah pecah).  Harga RM15.00 je.  So, aku pun beli untuk jadikan tempat penyangkut keychain ni.

Bahan-bahannya:

1) Frame yang reject (RM15.00)
2) White board saiz kecik (RM12.00) - aku beli kat kedai stationery.
3) Card board - (free - memang aku simpan kotak masa beli meja Jepun hari tu..)
4) Sampul hadiah (RM1.00)
5) Gunting
6) Double-sided tape
7) Sellotape 
8) Pembaris
9) Pen
10) Office Pin

So, modal cuma dalam RM38.00 je.  Jimat kan?


Cara-cara buatnya macam kat bawah ni:-



1) Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.


2) Potong card board mengikut bentuk white board tadi.  Tujuannya supaya permukaan card board & white board sama rata.  
Card board tu aku buat 2 lapis supaya tebal sikit & senang nak cucuk pin nanti.
(p/s: jangan lekatkan white board tu atas card board)



3)  Cantumkan card board & white board dengan menggunakan sellotape.  
Kemaskan.


4)  Sampul card board tadi menggunakan kertas sampul hadiah.


5)  Tampal card board yang dah disampul kat frame yang sedia ada tadi menggunakan double-sided tape.  
Kena letak banyak supaya tak tertanggal sebab bebanan yang berat (keychain kebanyakkannya dibuat dari besi. 
Kalau gam tak kuat, takut board tu tercabut lak.)
- sila abaikan kesan susu Rayyan di situ.. hihi..


 6) Bila dah siap & pasti yang board tu tak tercabut, boleh la letak office pin & hias keychain macam kat atas tu.



7)  Yang kat belah bawah tadi kan aku ada letak white board kan? 
So boleh la letak magnet kat situ..


Ok la kan? Tak de la souvenir yang orang bagi @ kita beli sendiri terperap dalam bakul.
Lepas ni aku nak gantung lagi banyak key chain.  Ada 1 bakul lagi kat opis..


- Peace.. -






No comments:

Post a Comment