Nuffnang Ads

Tuesday 4 November 2014

Bukit Tinggi, Pahang

Bukit Tinggi, Pahang

24 Oktober 2014 lepas kitorang jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang.
Bertolak dari Kota Tinggi hari Khamis, 23 Oktober 2014, tido kat KL.  Pastu pagi-pagi dah gerak ke Bukit Tinggi.  Sebelum tu sempat jugak singgah kat Tugu Negara. Tetiba rasa patriotik sesangat.




Akibat tak pernah pergi ke Bukit Tinggi tu, kitorang mintak tolong dengan Encik Google Map untuk tunjukkan jalan.  Alhamdulillah, selamat sampai..

Dari KL - Bukit Tinggi cuma 51 minit je.  Tapi sebab kitorang meronda-ronda KL dulu.. dekat 1 jam 30 minit baru sampai.  Sampai je, kitorang terus ke Japanese Village..  




Japanese Village

Tiket masuk ke Bukit Tinggi ni RM12 untuk dewasa, RM8 untuk kanak-kanak.  Kanak-kanak bawah 6 tahun tak kena bayar.

Tempat ni memang cantik dan sejuk.  Tapi sebab kitorang sampai sana tengahari, cuaca panas sikit.  Yang paling best kat sini, boleh sewa kimono dengan harga RM20 sepasang.  Aku pun try la jugak.  Buat kenang-kenangan katanye...









Colmar Tropicale : French-Theme Resort

Lepas pergi Japanese Village, kitorang singgah kat resort ni.. Saje jalan-jalan & makan tengahari kat sini.  View memang cantik & rasa macam kat oversea.. Hihi.. 







No comments:

Post a Comment