Nuffnang Ads

Tuesday 12 January 2016

Langkawi: Disember 2015 Part 1



Ini kali kedua aku pergi Langkawi tahun ni (2015).  Bulan Januari hari tu pergi dengan office mate.  Kali ni pergi dengan family pulak.


Setiap kali cuti sekolah, anak-anak mesti ajak pergi holiday.  Tapi selalunya dapat pergi tempat dekat-dekat je sebab cik abang aku jarang dapat cuti time cuti sekolah.  Biasalah, orang kerja hotel, mana dapat cuti time cuti sekolah.  

So kali ni, aku dah booking tarikh awal-awal.  So, cik abang pun kenalah apply cuti awal-awal jugak.  Aku book tiket flight awal, supaya cik abang tak boleh cancel cuti dia.. hihi..

Percutian kali ni kira percutian yang 'betul-betul'.  Sebab apa aku cakap 'betul-betul'?  Sebab, sebelum ni, kitorang memang jarang 'plan' untuk pergi bercuti.  Biasanya, main redah je.  Agak-agak poket ada duit sikit, on the spot, start kereta pergi holiday.

Sebelum pergi, aku dah google & prepare check list.  Siap buat budget lagi.. Bukannya apa, aku ni orang biasa je.. duit pun tak banyak. So, kenalah buat budget bagi memastikan perbelanjaan terkawal & tak over budget..

Aku pun dah siap-siap deal dengan person in charge untuk sewa kereta, hotel & mangrove tour.  Senang sikit.. tak payah susah-susah nak cari semua benda ni bila sampai Langkawi.

Hari Pertama 1 Disember 2015

Perjalanan kitorang mula awal pagi 1 Disember 2015 dari Kota Tinggi - KLIA 2 Sepang. Ambik flight pukul 3.30 petang, sampai Langkawi dalam pukul 5.00 petang sebab flight delayed. Mujur ada abang yang keje kat KLIA, boleh tumpang parking kereta kat opis dia.. hihi.. TQ Abang Adi..

Hari ni tak banyak aktiviti sebab sampai dah petang.  So, lepas Maghrib, kitorang keluar jalan-jalan kat Pekan Kuah je, pastu z z z...


Posing kat airport



Ini la kereta yang kitorang sewa kat Langkawi.  Kereta iswara manual.
Sewa RM70/sehari


Kitorang stay kat motel je.. murah..


Rayyan tido tak hengat..

No comments:

Post a Comment